
Cita-cita menjadi seorang guru ini sudah terpahat ketika saya di Sekolah Menengah lagi. Lebih-lebih lagi melihat cikgu-cikgu datang ke sekolah dengan penuh bergaya. Kebanyakan cikgu -cikgu adalah perempuan. Kalau adapun cikgu lelaki seorang dua saja. Biasalah cikgu lelaki yang handsome -handsome menjadi topic perbualan kami di waktu lapang di Aspuri. Saya bersekolah di sekolah semuanya perempuan.
Masih saya ingat semasa di tingkatan 1 say pernah di marah oleh seorang guru matematik kerana tak menjawab dengannya baik. Masa tu dia kata jawapan saya tercotek-cotek macam tahi ayam. Akhirnya saya benggang le dengan cikgu tersebut.Minat terus hilang terhadap subjek tu sehinggalah saya gagal dalam peperiksaan akhir tahun tersebut. Namun tahun berikutnya saya diajar oleh seorang guru yang saya rasa saya minat dan suka sehingalah saya dapat skor A dalam subjek itu.
Ketika saya di tingkatan lima, saya masih ingat, ketika itu saya dan kawan-kawan telah membuat cikgu kami merajuk. Cikgu tu cikgu BI dan akhirnya kami beramai2 memujuk cikgu tu. Cikgu Aziah. Cikgu ni cantik, bergaya bila balik ke asrama kami aktiviti harian kami ialah melakunkan balik watak2 cikgu kami, lepastu kami ketawa. Paling x dapat di lupakan Mazni melakunkan watak teacher Fauziah, bercakap dan berjalan sehingga keras perut dibuatnya. Kami ni memang nakal dan tersangat nakal. Di asrama bilik kami jadi tumpuan kerana paling bising, lambat tutup lampu.
Setelah result SPM keluar kebanyakkan kumpulan kami dapat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Ada yang ke UM, ada yang ke UIA dan ada yang ke Jordan. Tapi yang paling ramai ke UIA. Cikgu kami Cikgu Khairulzam(selaku warden) dan pengetua kami mengambil keputusan menghantar ke pusat pengajian dengan menyewa bas. Mereka berbangga kerana seramai 150 0rang berjaya mendapat gred 1 dalam SPM. Keputusan melonjak pada tahun tersebut. Setelah seminggu kami berada di UIA, cikgu Khairulzam datang melawat kami dan dia memberitahu bahawa Aspuri sunyi tanpa kami. Rupanya selama ini kamilah yang paling riuh dan nakal menyebabkan warden kami cikgu Khairulzam pening kepala. Apa yang kami tak buat pada cikgu Khairulzam? Dia pernah membawa kereta yang di belakangnya kami tampal kertas bertulis “ saya jejaka handsome” dan cikgu zam ni telah memandu kereta ni ke Bandar KB. Setelah balik baru dia perasan.
Cikgu Zam ni memang handsome masa tu dia baru je kahwin dan tak ada anak lagi.Tapi dia tak pernah pulak mengambil tindakan yang serius kepada kami. Dia hanya sindir-sindir saya. Kini, aku sebagai guru, baru ku tahu begitulah situasinya. Menghadapi kerenah pelajar2 yang kadang2 mencabar kesabaranku. Tetapi bila kurenung kembali dengan sikap aku dan kawan-kawanku dan kesabaran guru kami dulu tu menyebabkan hatiku kembali sejuk. Doaku biarlah mereka jadi insan yang berguna.Dan buat guru-guruku hanya Allah yang boleh membalas segalanya.Saya tiba-tiba pulak preview cerita ini bukan apa, kerana blog ini kawan lama saya yang sama sekolah,sama u yang telah lama terpisah dan kini berada nun jauh di Oman telah berjaya berhubung kembali. Saya rasa dengan coretan ini dapatlah mengingatkan balik nostalgia Ninja Turtle itulah gelaran yang diberi oleh cikgu kami kepada kami hi.hi.